Tuesday, 29 April 2014

Tips untuk kuruskan badan

Tips kurus Cik Epal part 2

Hye uolsss! Harini rajin sikit nak menaip. Entri ni untuk yang selalu dok tanya tips dekat facebook  .Nama fb Eyja Arznieyza. Sekarang ni blog macam diabaikan pulak sebab malas nak online guna laptop. Update apa-apa dekat phone je. Teknologi makin canggih memang buat manusia makin malas. haha :D


Tips kurus yang pertama, jangan banyak alasan. Orang gemuk ni memang selalunya banyak alasan (tak payah pergi jauh,aku pon banyak juga alasan nya dulu sebab aku pon gemuk). Antara alasan favourite yang orang akan guna:

@ tak pe lah. Esok lah exercise
@ ko genetik kurus,memang senang lah nak kurus
@ tak ada masa lah. kerja! mana sempat
@ dekat uni payah lah nak cari makanan berkhasiat
@ healthy food ni semua mahal!
@ Malas lah nak exercise. Telan je ubat kurus
@ Sakit lutut lah,lenguh lah badan,malas lah nak exercise

Dan macam-macam lah lagi alasan. Sebenarnya nak seribu daya,tak nak seribu dalih. Kalau dah memang betul-betul nak kurus,memang boleh kurus! Semua orang boleh. Nothing is impossible pon dalam dunia ni. Kalau dah tak nak tu, memang macam-macam lah alasan kan? Semuanya NAK atau TAK NAK je.


Orang zaman sekarang ni suka beli ubat kurus yang melambak dekat pasaran. Iklan ubat kurus pulak mesti tulis "tak perlu bersenam". Pastu dok lah depan tv,makan jajan,cheesecake,pisang goreng then expect akan kurus dan dapat kurang berat badan 10kg seminggu. Sebab tulah kot produk kuruskan badan ni sangat laku dekat pasaran sebab memang masing-masing dah malas nak bersenam. Nasihat aku tak payah lah makan ubat-ubat kurus ni. Kesan jangka panjang kite takkan tahu. Kang rosak buah pinggang mana nak cari? Exercise dan jaga makan lah paling berkesan sebenarnya :)



Meh layan gambar before dan after. Korang ni kang kalau tak tepek gambar mula lah cakap tips menipu lah,macam tak pernah gemok lah apa lah. haha


Facebook Eyja Arznieyza


Jangan tanya berapa lama aku ambil masa or berapa berat aku dulu dan sekarang. Sebab aku malas nak timbang berat aku. Penimbang aku adalah CERMIN sahaja. Time gemok dulu memang lagi malas lah kan nak timbang berat. Sebab mula-mula aku tak expect untuk kurus pon sebenarnya,sebab bila aku fikir aku nak kurus,mesti tak jadi. Mesti gemok juga macam badak. So aku jalankan healthy lifestyle sahaja. Bila healthy lifestyle,aku rasa macam badan aku pon semakin ringan. Dah alang-alang turun berat, aku teruskan saja lah healthy lifestyle :)

Ni lah selalu tanggapan salah bila berdiet. Bila diet je tak makan. Jangan tak makan uolss. Tu dah menzalimi diri sendiri dah tu. Nak diet kena makan. Jangan tak makan. Makan makanan berkhasiat. Dont eat less. Eat right! Yang penting 'eatclean' . No fast food, no processed food, no junk food, no oily food and etc. 70% healthy food. 30% workout. It takes time. Bukan minggu ni jaga makan dan exercise, minggu depan dah boleh kurus uolsss. *pitam mak* 
Elak kan minum minuman bergula. Air gas memang tak payah ah minum kan. Kandungan gula dalam air gas memang kaw-kaw punya tinggi. Kalau aku makan dekat luar,selalu aku akan order air limau nipis tanpa gula atau air kosong. Dua air itu sahaja air yang aku akan order. Kalau makan tu, agak-agak bila aku dah rasa kenyang aku akan stop. Tak ada nak dah nak tambah lauk ke apa.
Rasulullah SAW pon ada ajar "Makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang"
Maksudnya biar bersederhana. Bila kita makan dalam keadaan terlampau lapar tu yang menyebabkan kita akan makan dengan lahapnya. Ramai yang tahu pasal ni tapi tak ramai yang nak praktik kan. Padahal benda ni memang bagus :)
Setuju sangat!
Menu diet aku? Boleh tengok dekat entri-entri ini:
@ Menu diet cik epal part 1
@ Menu diet cik epal part 2
@ Menu diet cik epal part 3

Entri workout:
@ Tips kurus cik epal



Nak lose weight kena SABAR dan JANGAN GIVE UP ok! Buat cara natural (makan healthy food dan ecercise) lebih elok. Badan pon sihat. Ingat, kita ada satu badan ni je untuk kita guna sampai ke tua. Sayangilah body anda. Good luck! :)

Kek Karamel




Resepi Kek Karamel 





Bahan-bahan ( 18 cm )

Karamel epal
  • 1 biji epal
  • 30g gula
  • sedikit serbuk kayu manis (optional)

Kek
  • 50g gula halus
  • secubit garam
  • 2 biji telur
  • 150g tepung
  • 1 sudu kecik baking powder
  • 50cc susu segar
  • 90g mentega - dicairkan

Cara-cara
  1. Kupas kulit epal. Buang biji dan potong dalam 3-5 cm atau ikut suka.
  2. Buat Karamel: Letak gula atas api. Bakar sehingga jadi karemal. Kemudian masukkan epal. Biar sehingga epal lembut atau air kering. Padamkan api.
  3. Masukkan gula, garam ke dalam mentega yang telah dicairkan. Kacau sehingga gula hancur.
  4. Masukkan telur satu persatu. Pukul sehingga berbuih.
  5. Masukkan tepung yang telah diayak dengan BP . Kacau sebati
  6. Campur susu. Kacau biar sampai lembut/sebati
  7. Masukkan karamel epal tadi. Kacau sebati
  8. Tuangkan ke dalam loyang. Bakar pada suhu 170 degree selama 40-45 minit
  9. Bila dah siap boleh wrap dgn plastik wrap. Dah sejuk boleh simpan dalam peti ais.